Celcom: Pelan Internet, Cara Top Up dan Cara Share Kredit Celcom

Pada hari ini saya akan kongsi semua perihal simkad celcom, bermula dari pelan internet celcom, cara top up dan cara share top up celcom. Kita semua tahu bahwa celcom menjadi salah satu syarikat telco terpopular di Malaysia. Memilih simkad prabayar terbaik memang sedikit sukar kerana terdapat pelbagai terma & syarat yang dikenakan. Hingga masa kini Celcom terus menambah pelan baru untuk memenuhi pelbagai gaya hidup digital. Banyak pelan serba baru yang telah dibuat Celcom untuk penggunanya.

Pelan Internet Celcom

Baru-baru ini saya dengar ada pelan internet terbaru untuk pengguna celcom. Anda akan mendapatkan free FB 10 GB dan free basic internet 10 GB, dan masih banyak lagi. Berbeza dengan yang lama, pelan internet data celcom saat ini lebih banyak pilihan. Dulu langgan pelan data internet harian hanya ada yang 1 GB dengan harga RM3, sekarang sudah ada yang 2 GB dengan harga RM5. Tidak hanya pelan harian, Celcom juga menyediakan pelbagai pilihan pelan mingguan dan pelan bulanan. Selain data biasa, Celcom Xpax juga menyediakan promosi add-on yang boleh memberikan anda data berganda dari biasanya. Untuk pelan internet celcom terkini selengkapnya boleh tengok disini.

Cara langgan data internet celcom Xpax

Pelan Harian

  • RM3 untuk 1GB data – Dial *118*2*1#
  • RM5 untuk 2GB data – Dial *118*2*2#

Pelan Mingguan

  • RM6 untuk 500MB data – *118*2*3#
  • RM10 untuk 2GB data – *118*2*4#
  • RM19 untuk 5GB data – *118*2*5#

Pelan Bulanan

  • RM30 untuk 5GB data – *118*2*6#
  • RM50 untuk 10GB data – *118*2*7#
  • RM79 untuk 15GB data – *118*2*8#

Anda akan mendapatkan free 10GB Instagram dan 10GB hi-speed FB (setiap bulan) untuk setiap pelan internet yang anda beli.

Cara Top Up Celcom Guna PIN

Berikut ini cara top up Celcom guna PIN:

  1. Belilah kupon reload di kedai bimbit langganan anda.
  2. Di belakang kupon terdapat kode pin 16 digit.
  3. Kemudian taip *122*<no.pin># dan tekan Call.
  4. Tak lama anda akan menerima sms dengan baki kredit celcom terkini.

Cara Top Up Celcom Guna SMS

Berikut ini cara top up Celcom guna SMS

  1. Belilah kupon reload di kedai bimbit langganan anda.
  2. Di belakang kupon terdapat kode pin 16 digit.
  3. Taip REC(space)<16 digit kode nombor reload> dan kirim ke 2888.

Cara Share Kredit Celcom

Berikut ini cara share kredit celcom:

  1. Untuk share kredit celcom melalui SMS dari RM 1-10, taip RM<digit> contoh RM5, hantar ke nombor telefon penerima.
  2. Untuk share kredit celcom melalui SMS dari RM 11-25, taip CAT(space)Masukkan 6 karakter password(space)Nama Ibu dan hantar ke 1019, misal CAT 123456 Intan, dan kirim ke 1019
  3. Selepas itu anda baru boleh kirim top up, taip RM<digit>(space)<password>, misal RM15 123456, hantar ke nombor telefon penerima.

Itulah yang dapat saya kongsi kepada pembaca semua perihal pelan internet celcom, cara top celcom dan cara share kredit celcom. Peraturan perihal cara diatas dapat berubah-ubah sehingga belum tentu berjaya.

Celcom: Pelan Internet, Cara Top Up dan Cara Share Kredit Celcom | kuotainternet | 4.5